dah la x pernah mengalami peristiwa tersebut atau bercinta, (ehem2 blh caye k???... hahahahaha ) tpi kne juga mengarang tajuknya memang bestttttt
" KEKASIH CURANG". ok la x nk cte pnjg2, anda bcalah sendiri kat bwah tu ye, kalu ada waktu terluang saya akan hasilkan karya lgi. just tunggu je,hehehehe...
Cerita ini x ada kne mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia,
watak dan perwatakan hanya rekaan semata-mata...kalu ada yang terasa harap maaf yeaaaaa...
Cukup Hanya Sekali
Suraya dan Azrul adalah
sepasang kekasih. Suraya ialah seorang perempuan yang sangat cantik dan lemah lembut manakala Azrul ialah ketua pengawas di Sekolah Menengah
Air Mawar, dia juga mempunyai
personaliti yang menarik. Suraya dan Azrul bercinta sejak di bangku sekolah
lagi. Di sekolah menengah, mereka ialah pasangan kekasih yang sangat popular
dan menjadi bualan guru dan pelajar-pelajar lain.
Tahun ini mereka akan
menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia untuk melayakkan diri
melanjutkan pelajaran ke Universiti. Suraya banyak membantu teman lelakinya
dalam pelajaran. Hal ini kerana Suraya sangat pintar dalam semua mata
pelajaran. Selepas tamat menduduki peperiksaan, mereka sama-sama mencari kerja
sambilan sementara menunggu keputusan
STPM. Mereka berdua bekerja sebagai pelayan di restoren makanan segera, Azrul
selalu menjemput suraya ke tempat kerja dan menghantarnya pulang ke rumah.
Hubungan mereka sangat akrab dan mendapat restu daripada ibu bapa.
Beberapa bulan kemudian,
keputusan peperiksaan diumumkan. Suraya dan Azrul mendapat keputusan yang cemerlang. Selepas itu, mereka
mengisi borang untuk memasuki universiti berdasarkan kelayakan yang dimiliki.
Tidak lama kemudian mereka dapat mengetahui universiti yang ditawarkan. Suraya
berasa sangat sedih dan kecewa kerana dia dan Azrul tidak sama universiti.
Suraya ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia manakala Azrul pula Universiti
Malaya. Azrul menasihati Suraya supaya tidak sedih kerana mereka boleh berhubung
melalui telefon dan laman sesawang. Azrul juga berjanji akan melawat kekasihnya
itu jika ada waktu yang terluang.
Pada semester pertama dan
kedua, cinta antara Suraya dan Azrul masih lagi mekar, mereka selalu berhubung
walaupun tinggal berjauhan antara satu sama lain. Pada suatu hari, ketika
Suraya dalam perjalanan ke kantin untuk bersarapan pagi, dia terdengar
perbualan antara kawan baiknya iaitu Amanda dan rakan-rakannya yang lain
bercerita tentang kekasih hatinya. Melalui perbualan tersebut Amanda mengatakan
dia terserempak Azrul bersama perempuan lain dan mereka sangat mesra. Apabila
mendengar perkara itu, Suraya berasa sangat marah dan memarahi Amanda kerana
menuduh teman lelakinya ada perempuan lain. Suraya juga mengatakan bahawa
Amanda cemburu dan iri hati apabila melihat kebahagiannya dengan Azrul dan
berniat untuk memisahkan mereka supaya Amanda dapat memiliki buah hatinya itu. Selepas
itu, Suraya terus meninggalkan kantin dan kawannya dengan hati yang terbakar.
Suraya tidak jadi untuk bersarapan.Amanda pula sangat terkejut dengan tuduhan
yang dilemparkan keatasnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana suraya tidak
mahu mendengar penjelasannya dengan lebih lanjut.
Beberapa minggu kemudian,
Suraya berhasrat untuk melawat teman lelakinya di Kuala lumpur. Dia tidak
memberitahu kedatangannya ke sana kerana ingin memberikan kejutan. Sebelum
berjumpa Azrul, Suraya singgah di pusat membeli-belah untuk membelikan hadiah
sempena hari jadi buah hatinya yang ke-23. Ketika dia sibuk memilih hadiah yang istimewa kepada teman
lelakinya, tiba-tiba Suraya terlihat kelibat lelaki yang sangat dikenalinya
bersama seorang wanita berjalan sambil berpegangan tangan. Rupa-rupanya lelaki
tersebut adalah Azrul iaitu kekasih yang sangat dirindui dan dicintainya.
Setelah melihat dengan mata
kepala sendiri teman lelakinya berjalan dan bermesra dengan perempuan lain,
hati suraya berasa sangat sakit seperti di cucuk sembilu. Kini barulah Suraya
menyedari bahawa selama dia bercinta dengan Azrul, dia telah ditipu dan Azrul
tidak ikhlas dan tulus mencintainya. Suraya berasa sangat malu dan menyesal
kerana memarahi dan menuduh kawan baiknya mereka-reka cerita untuk
memisahkannya dengan buah hatinya itu.
Semenjak kejadian itu,
Suraya tidak lagi berhubung dengan lelaki yang menghancurkan hatinya itu, dia
juga meminta maaf kepada kawan baiknya dan hubungan mereka kembali pulih
seperti biasa. Akibat daripada kejadian itu,Suraya lebih suka menyendiri, tidak
ada lagi keceriaan di wajahnya. Dia menjadi seorang yang keras hati dan tidak
bersemangat untuk belajar. Apabila terdapat lelaki yang ingin berkenalan
dengannya Suraya akan mengelak dan tidak menghiraukan mereka walaupun lelaki
tersebut seorang yang baik hati dan ikhlas untuk mengenalinya. Suraya juga
menganggap lelaki sebagai musuh dan tidak boleh dipercayai.
Perubahan sikap Suraya
menjadi perhatian teman sebiliknya iaitu Maria . Maria tidak senang dengan perubahan sikap kawannya
yang terlalu anti kepada lelaki, selalu murang dan tertekan. Maria menasihati Suraya supaya berjumpa
dengan konselor bagi menaikkan semangatnya kembali. Selepas beberapa kali
bertemu konselor, Suraya kini sedar bahawa dia tidak keseorangan, masih ada insan di sekeliling yang menyayanginya iaitu
ibu bapa dan kawan-kawannya. Dia juga yakin kumbang bukannya seekor dan percaya
setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT adalah berpasangan, mungkin Tuhan ingin
memberikannya teman hidup yang lebih baik dan beriman daripada bekas kekasihnya
itu.
No comments:
Post a Comment