Sunday, 27 November 2011

AMaLan GaYa HiDuP SiHaT RaSuLLullAh

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main 


balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,


keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah 


mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah 


SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut 


sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet 


ini kawan2. 

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah 



ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING


Jangan makan DAGING + IKAN


Jangan makan IKAN + SUSU


Jangan makan AYAM + SUSU


Jangan makan IKAN + TELUR


Jangan makan IKAN + DAUN SALAD


Jangan makan SUSU + CUKA


Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.

Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime

Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)



Thursday, 17 November 2011

DeBaRan itu PENTING!!!


Bila hati berdebar-debar  x siapa yang tahu,
hanya DIRI kita sendiri yang mengalaminya,
Di saat dia berada di sisi kita, 
Hanya Tuhan sahaja mengetahuinya,
Tapi adakah ia PERLU diungkapkan???

Sesetengah org tidak tahu apa sebenarnya CINTA,
Bgi mereka cinta boleh diberikan begitu saje,
tetapi bgi yang mendalami n mengetahui erti sebenar, 
Cinta adalah satu yang x dapat diluahkan hanya melalui kata2,
Hanya luahan hati yang mengiyakan segala-galanya,

Adakah perlu kita terima seseorng itu jika hati x suka???
Anda semua tentu ada jawapannya sendiri,
Setiap debaran ada maksudnya yg tertentu,
Mungkin berdebar kerana takut, gelisah, atau lain-lain,
ATAU 
"Anda sudah jatuh CINTA???"







TaNdA DiA JoDoH KiTa

         
       Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak  mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata  untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


Senang untuk bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


Sentiasa jujur dan ikhlas

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Saling Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia hanya merancang, Allah menentukannya.”



" Jodoh seseorang terletak ditangan Tuhan"
“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri 



mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran ^^

Wednesday, 16 November 2011

WaRNa?????

Apa yang anda semua fhm tentang WARNA????

                 Mesti ada yang ckp warna itu mcm2 iaitu merah, biru, kuningunggu, pink, hijau,orange, hitam, putih n sebagainya
ada yang menerangkan bahawa warna adalah sesuatu yang menarik dan indah,
sesetengah individu pula  menyatakan warna melambangkan identiti, personaliti seseorang dan mempunyai makna-makna tertentu....
tetapi adakah anda sedar bhwa warna adalah sesuatu yang penting dalam  kehidupan kita?????
               Sebenarnya Warna mempunyai fungsinya tersendiri iaitu sebagai TERAPI untuk  menghilangkan masalah kemurungan yang melanda dalam diri kita. 
Oleh itu, setiap orang mesti thu apa warna yang sesuai  berdasarkan hari...


         Individu  yang mengalami masalah ( selalu murung), anda digalakkan untuk mencuba terapi warna ini...Di bawah ini, anda boleh melihat warna baju atau apa-apa barang yang sesuai untuk dipakai pada hari-hari tertentu...


Ahad= HITAM 
Isnin=PUTIH
Selasa=PINK atau UNGGU
Rabu= BIRU atau seangkatan dengannya
Khamis=COKLAT, KUNING atau ORANGE
Jumaat=HIJAU atau seangkatan dengannya
Sabtu= MERAH atau SEANGKATAN dengannya


                (SeLaMaT MeNcUba,hehehehe)




Monday, 14 November 2011

HaNya CuKup SeKaLi

Ini adalah hasil karya pertama sya bulan ini, x thu la nk kta cerpen k, rasanya bukan? karangan pendek? atau cerita-cerita k? anda rasa???? karya ini di tulis bb termasuk dalam kursus yang sya ambk untuk sem ini...
dah la x pernah mengalami peristiwa tersebut atau bercinta, (ehem2 blh caye k???... hahahahaha ) tpi kne juga mengarang tajuknya memang bestttttt 
" KEKASIH CURANG".  ok la x nk cte pnjg2, anda bcalah sendiri kat bwah tu ye, kalu ada waktu terluang saya akan hasilkan karya lgi. just tunggu je,hehehehe...


Cerita ini x ada kne mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia, 
watak dan perwatakan hanya rekaan semata-mata...kalu ada yang terasa harap maaf yeaaaaa...


                                                Cukup Hanya Sekali


Suraya dan Azrul adalah sepasang kekasih. Suraya ialah seorang perempuan  yang sangat cantik dan lemah lembut  manakala  Azrul ialah ketua pengawas di Sekolah Menengah Air Mawar,  dia juga mempunyai personaliti yang menarik. Suraya dan Azrul bercinta sejak di bangku sekolah lagi. Di sekolah menengah, mereka ialah pasangan kekasih yang sangat popular dan menjadi bualan guru dan pelajar-pelajar lain.

Tahun ini mereka akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia untuk melayakkan diri melanjutkan pelajaran ke Universiti. Suraya banyak membantu teman lelakinya dalam pelajaran. Hal ini kerana Suraya sangat pintar dalam semua mata pelajaran. Selepas tamat menduduki peperiksaan, mereka sama-sama mencari kerja sambilan sementara  menunggu keputusan STPM. Mereka berdua bekerja sebagai pelayan di restoren makanan segera, Azrul selalu menjemput suraya ke tempat kerja dan menghantarnya pulang ke rumah. Hubungan mereka sangat akrab dan mendapat restu daripada ibu bapa.
  
Beberapa bulan kemudian, keputusan peperiksaan diumumkan. Suraya dan Azrul mendapat  keputusan yang cemerlang. Selepas itu, mereka mengisi borang untuk memasuki universiti berdasarkan kelayakan yang dimiliki. Tidak lama kemudian mereka dapat mengetahui universiti yang ditawarkan. Suraya berasa sangat sedih dan kecewa kerana dia dan Azrul tidak sama universiti. Suraya ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia manakala Azrul pula Universiti Malaya. Azrul menasihati Suraya supaya tidak sedih kerana mereka boleh berhubung melalui telefon dan laman sesawang. Azrul juga berjanji akan melawat kekasihnya itu jika ada waktu yang terluang.

Pada semester pertama dan kedua, cinta antara Suraya dan Azrul masih lagi mekar, mereka selalu berhubung walaupun tinggal berjauhan antara satu sama lain. Pada suatu hari, ketika Suraya dalam perjalanan ke kantin untuk bersarapan pagi, dia terdengar perbualan antara kawan baiknya iaitu Amanda dan rakan-rakannya yang lain bercerita tentang kekasih hatinya. Melalui perbualan tersebut Amanda mengatakan dia terserempak Azrul bersama perempuan lain dan mereka sangat mesra. Apabila mendengar perkara itu, Suraya berasa sangat marah dan memarahi Amanda kerana menuduh teman lelakinya ada perempuan lain. Suraya juga mengatakan bahawa Amanda cemburu dan iri hati apabila melihat kebahagiannya dengan Azrul dan berniat untuk memisahkan mereka supaya Amanda dapat memiliki buah hatinya itu. Selepas itu, Suraya terus meninggalkan kantin dan kawannya dengan hati yang terbakar. Suraya tidak jadi untuk bersarapan.Amanda pula sangat terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan keatasnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana suraya tidak mahu mendengar penjelasannya dengan lebih lanjut.

Beberapa minggu kemudian, Suraya berhasrat untuk melawat teman lelakinya di Kuala lumpur. Dia tidak memberitahu kedatangannya ke sana kerana ingin memberikan kejutan. Sebelum berjumpa Azrul, Suraya singgah di pusat membeli-belah untuk membelikan hadiah sempena hari jadi buah hatinya yang ke-23. Ketika dia sibuk  memilih hadiah yang istimewa kepada teman lelakinya, tiba-tiba Suraya terlihat kelibat lelaki yang sangat dikenalinya bersama seorang wanita berjalan sambil berpegangan tangan. Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah Azrul iaitu kekasih yang sangat dirindui dan dicintainya.

Setelah melihat dengan mata kepala sendiri teman lelakinya berjalan dan bermesra dengan perempuan lain, hati suraya berasa sangat sakit seperti di cucuk sembilu. Kini barulah Suraya menyedari bahawa selama dia bercinta dengan Azrul, dia telah ditipu dan Azrul tidak ikhlas dan tulus mencintainya. Suraya berasa sangat malu dan menyesal kerana memarahi dan menuduh kawan baiknya mereka-reka cerita untuk memisahkannya dengan buah hatinya itu.

Semenjak kejadian itu, Suraya tidak lagi berhubung dengan lelaki yang menghancurkan hatinya itu, dia juga meminta maaf kepada kawan baiknya dan hubungan mereka kembali pulih seperti biasa. Akibat daripada kejadian itu,Suraya lebih suka menyendiri, tidak ada lagi keceriaan di wajahnya. Dia menjadi seorang yang keras hati dan tidak bersemangat untuk belajar. Apabila terdapat lelaki yang ingin berkenalan dengannya Suraya akan mengelak dan tidak menghiraukan mereka walaupun lelaki tersebut seorang yang baik hati dan ikhlas untuk mengenalinya. Suraya juga menganggap lelaki sebagai musuh dan tidak boleh dipercayai.

Perubahan sikap Suraya menjadi perhatian teman sebiliknya iaitu Maria . Maria  tidak senang dengan perubahan sikap kawannya yang terlalu anti kepada lelaki, selalu murang dan tertekan.  Maria menasihati Suraya supaya berjumpa dengan konselor bagi menaikkan semangatnya kembali. Selepas beberapa kali bertemu konselor, Suraya kini sedar bahawa dia tidak keseorangan, masih ada  insan di sekeliling yang menyayanginya iaitu ibu bapa dan kawan-kawannya. Dia juga yakin kumbang bukannya seekor dan percaya setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT adalah berpasangan, mungkin Tuhan ingin memberikannya teman hidup yang lebih baik dan beriman daripada bekas kekasihnya itu.


Saturday, 5 November 2011

GaNjaRan Di BulaN ZuLhijjaH


Bagi umat Islam, Allah SWT menganugerahkan dua hari kebesaran untuk diraikan menurut ketetapan Syarak. Dua hari kebesaran tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Hari Raya Puasa (Eid al-Fitr) dan Hari Raya Haji atau juga disebut Hari Raya Korban (Eid al-Adha). Sebenarnya, kedua-dua hari raya ini merupakan antara nikmat Allah SWT yang diberikan kepada seluruh umat Islam agar mereka terus bersyukur dan membesarkan keagungan dan keesaan Allah SWT.
Jika dilihat dari sirah Rasulullah SAW, setelah Baginda berhijrah ke Madinah, penduduk Madinah pada ketika itu meraikan dua hari kebesaran mereka. Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Aku datang kepada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari yang kamu bersenang-senang pada hari tersebut. Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih daripada dua hari itu, iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Puasa.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa’i).
Kini kita telah memasuki bulan Zulhijjah, iaitu satu bulan yang memiliki kelebihan yang tersendiri. Kelebihan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada hari kebesaran umat Islam yang akan disambut dalam bulan ini. Sepertimana yang diketahui umum, Hari Raya Korban (Eid al-Adha) jatuh pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Inilah yang dimaksudkan dengan kelebihan yang terdapat dalam bulan Zulhijjah.
Rasulullah SAW pernah menyatakan kelebihan bulan Zulhijjah berbanding bulan-bulan yang lain menerusi sebuah hadis yang bermaksud:
“Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan adalah bulan Ramadan dan Zulhijjah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika difahami dengan lebih lanjut, kelebihan bulan Zulhijjah adalah pada 10 hari terawalnya. Ini berdasarkan beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menjelaskan perkara ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Demi waktu fajar. Dan sepuluh malam.” (Surah al-Fajr, ayat 1-2).
Menurut Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain, yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam ayat tersebut ialah sepuluh malam atau sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah.
Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah al-Hajj, ayat 28). Menurut Ibn Abbas, “hari-hari yang ditentukan” dalam ayat tersebut merujuk kepada sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah.
Rasulullah SAW juga bersabda bagi menjelaskan kelebihan 10 hari bulan Zulhijjah ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad pada jalan Allah?” Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad pada jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan al-Tirmidzi).
Begitu besar ganjaran yang akan dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang memanfaatkan peluang beribadah pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” (Hadis riwayat Ahmad).
Berdasarkan beberapa dalil al-Quran dan hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita tentang kelebihan bulan Zulhijjah, khususnya pada sepuluh hari terawalnya. Ditambah pula dengan kehadiran salah satu hari kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Korban. Adalah wajar untuk kita semua merebut peluang yang cukup berharga ini dengan menunaikan amal kebajikan semaksimum mungkin pada bulan ini. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, di antara sebab-sebab keistimewaan sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah ini ialah kerana di dalamnya terhimpun beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan haji. Pada bulan-bulan lain, ibadat-ibadat besar dalam Islam ini tidak pernah terhimpun secara serentak sepertimana yang berlaku pada bulan Zulhijjah.
Banyak amal kebajikan yang boleh kita lakukan di sepanjang sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah ini. Antaranya ialah dengan banyak berzikir atau mengingati Allah SWT. Inilah amalan yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW dan para salaf al-salih pada sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah. Sebenarnya, amalan berzikir atau sentiasa mengingati Allah SWT akan membawa banyak faedah kepada manusia khususnya dalam usaha mencapai ketenangan jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).
Selain itu, kita juga dianjurkan untuk menunaikan ibadah puasa sunat terutama pada 9 Zulhijjah yang merupakan hari Arafah. Pada hari ini, umat Islam yang sedang melakukan ibadah haji, sedang berada di padang Arafah untuk menunaikan ibadah wukuf. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Berpuasa pada hari Arafah, aku mengharapkan daripada Allah untuk menghapuskan dosa selama setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Ahmad dan Baihaqi).
Perlu diingatkan di sini, bahawa ibadah puasa sunat hari Arafah hanya disyariatkan untuk mereka yang tidak menunaikan ibadah haji. Manakala umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji, maka ianya bukanlah satu tuntutan kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa ketika Baginda SAW sedang wukuf di Arafah. Selain itu, harus difahami bahawa, pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Korban (Eid al-Adha), umat Islam diharamkan untuk berpuasa. Di sinilah terpancarnya keindahan Islam yang tidak memaksa umatnya melakukan ibadah, ketika sebahagian besar umat Islam yang lain sedang bergembira meraikan hari kebesaran Islam.
Pada Hari Raya Korban yang jatuh pada bulan Zulhijjah, umat Islam dianjurkan untuk meraikan hari kebesaran ini menurut panduan yang telah digariskan oleh Islam. Hari kebesaran ini harus disambut sepertimana tatacara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Di antara perkara sunat yang boleh diamalkan pada hari raya ini ialah memperbanyakkan ucapan takbir, tahmid dan tahlil. Ucapan-ucapan ini adalah untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah SWT dan mengiktiraf keagungan dan kebesaran-Nya. Berbeza dengan Hari Raya Puasa, pada Hari Raya Korban, umat Islam disunatkan melaungkan takbir selama empat hari iaitu pada 10 Zulhijjah dan juga pada hari-hari Tashriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Pada pagi Hari Raya Korban iaitu 10 Zulhijjah, umat Islam juga disunatkan untuk menunaikan solat sunat Eid al-Adha serta mendengar khutbah hari raya. Terdapat sedikit perbezaan dalam perlakuan Rasulullah SAW ketika Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Menurut Buraidah:
“Rasulullah SAW tidak keluar (untuk solat Eid al-Fitr) sehingga Baginda makan, manakala pada Hari Raya Korban, Baginda tidak makan sehingga kembali dari solat, dan Baginda makan daripada sembelihannya.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Majah).
Ini bermaksud, Rasulullah SAW tidak makan sebelum menunaikan solat sunat Eid al-Adha, dan Baginda SAW akan makan selepas menyempurnakan solat dan ibadah korban, serta makan daging korban tersebut.
Berkaitan dengan ibadah korban, umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban. Masa yang ditetapkan untuk melaksanakan ibadah ini ialah pada Hari Raya Korban iaitu 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tashriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat hari raya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang menyembelih sesudah solat dan dua khutbah, maka sesungguhnya sempurnalah ibadahnya dan tepatlah menurut sunnah orang-orang Islam.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Demikianlah sedikit perkongsian ringkas tentang pemanfaatan peluang keemasan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita dalam bulan Zulhijjah. Sebagai umat Islam yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keredaan Allah SWT, maka peluang ini tidak wajar dibiarkan berlalu begitu sahaja. Orang Islam yang beriman, akan sentiasa berusaha merebut peluang yang diberikan oleh Allah SWT serta akan terus melaksanakan amal kebaikan pada waktu-waktu yang lain.
Sebenarnya, peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini merupakan satu medan untuk mendidik jiwa dan mentarbiyah nafsu agar terus tunduk dan patuh kepada-Nya. Amal kebajikan yang kita lakukan pada bulan ini seperti memperbanyakkan zikir dan puasa, perlu diteruskan pada bulan-bulan yang lain kerana rahmat dan ganjaran Allah SWT itu amat luas bagi setiap hamba yang ikhlas beribadah kepada-Nya.
Firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

LaGu uNtuk InSaN yang TerIsTiMeWa



Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu

Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati
hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu

ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan... Bismillah

Friday, 4 November 2011

CMaT HaRI RaYa AidILAdHA...



SyA Nk Ucpkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" kepada semua yang mengenali diri ini, pengikut setia blog ini yang dikasihi,x lupa juga kepada semua bdak2 Bacelor Pendidikan Moral Sem 5 Universiti Putra Mlysia,Serdang Selangor... Terutama kpda yg x blk kampung raya nie,termasuklah sya, sedihhhhh syotttt,X Dpt berkumpul dan berjumpa dgn family n saudara mara huhuhuhuhuhu :'(... Tahun lps pun x dapat blik raya haji tpi nasib baik ada jgak teman2  yang x balik raya nie, dapat gak berkongsi suka dan duka, memang inilah nasib org perantauan,huhuhuhuhu... yang x blik tu marilah kita sama-sama nyanyi lagu ini sama2 ye,hehehe...